Soalan 3:
Rajah 2.1 menunjukkan susunan radas untuk menganggar nilai kalori bagi kacang gajus dan kacang badam. Suhu awal air bagi kedua-dua sampel adalah 28 °C.
Rajah 2.2 menunjukkan suhu akhir air bagi kedua-dua sampel.
(a) Berdasarkan Rajah 2.2 , nyatakan nilai Q.
………………… oC
[1 markah]
(b) Berdasarkan eksperimen itu, nyatakan
(i) satu hipotesis [1 markah]
(b)(ii) cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas. [1 markah]
(c) Lemak mengandungi nilai kalori yang tinggi.
Kaji pernyataan di bawah.
Dengan menggunakan data dalam Rajah 2.2, buktikan pernyataan tersebut adalah betul. [1 markah]
(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi nilai kalori berdasarkan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan dalam eksperimen ini. [1 markah]
Jawapan:
(a) Q = 76 °C
(b)(i) Kacang badam mempunyai nilai kalori lebih tinggi daripada kacang gajus.
(b)(ii) Mengukur suhu akhir air menggunakan termometer.
(c) Suhu akhir air bagi kacang badam lebih tinggi daripada kacang gajus.
(d) Nilai kalori ialah apabila kacang dibakar dibawah tabung didih berisi air suling dan suhu akhir air diperhatikan.
Rajah 2.1 menunjukkan susunan radas untuk menganggar nilai kalori bagi kacang gajus dan kacang badam. Suhu awal air bagi kedua-dua sampel adalah 28 °C.

Rajah 2.2 menunjukkan suhu akhir air bagi kedua-dua sampel.
(a) Berdasarkan Rajah 2.2 , nyatakan nilai Q. ………………… oC
[1 markah]
(b) Berdasarkan eksperimen itu, nyatakan
(i) satu hipotesis [1 markah]
(b)(ii) cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas. [1 markah]
(c) Lemak mengandungi nilai kalori yang tinggi.
Kaji pernyataan di bawah.
| Kacang badam mengandungi lebih banyak lemak berbanding kacang gajus. |
(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi nilai kalori berdasarkan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan dalam eksperimen ini. [1 markah]
Jawapan:
(a) Q = 76 °C
(b)(i) Kacang badam mempunyai nilai kalori lebih tinggi daripada kacang gajus.
(b)(ii) Mengukur suhu akhir air menggunakan termometer.
(c) Suhu akhir air bagi kacang badam lebih tinggi daripada kacang gajus.
(d) Nilai kalori ialah apabila kacang dibakar dibawah tabung didih berisi air suling dan suhu akhir air diperhatikan.
Soalan 4:
Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji sifat getah asli. Sekeping jalur getah asli X dipanaskan dalam tabung didih yang berisi air manakala tiada apa-apa tindakan dilakukan terhadap sekeping jalur getah asli Y. Rajah 3 menunjukkan ujian yang dijalankan ke atas kedua-dua jalur getah asli, X dan Y selepas jalur getah asli X menjadi sejuk.
Panjang jalur getah asli X dan Y diukur selepas pemberat telah dialihkan. Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
(a) Berdasarkan Jadual 3, nyatakan
(i) satu pemerhatian bagi jalur getah asli X [1 markah]
(ii) satu inferens berdasarkan jawapan di (a)(i). [1 markah]
(b) Nyatakan dua pemboleh ubah yang dimalarkan. [2 markah]
(c) Pernyataan berikut menunjukkan satu hujah yang dibuat oleh seorang murid.
Dengan menggunakan data kedua-dua jalur getah dalam Jadual 3, nyatakan mengapa hujah tersebut ditolak. [1 markah]
Jawapan:
(a)(i) Panjang jalur getah asli X bertambah daripada 5.0 cm kepada 9.2 cm selepas pemberat dialihkan.
(a)(ii) Pemanasan menyebabkan keanjalan jalur getah asli X berkurang.
(b) Panjang awal jalur getah asli
Jisim pemberat (200 g)
(c) Jalur getah asli X yang dipanaskan memanjang lebih banyak ( 9.2 cm ) berbanding jalur getah asli Y (6.7 cm) selepas pemberat dialihkan.
Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji sifat getah asli. Sekeping jalur getah asli X dipanaskan dalam tabung didih yang berisi air manakala tiada apa-apa tindakan dilakukan terhadap sekeping jalur getah asli Y. Rajah 3 menunjukkan ujian yang dijalankan ke atas kedua-dua jalur getah asli, X dan Y selepas jalur getah asli X menjadi sejuk.

Panjang jalur getah asli X dan Y diukur selepas pemberat telah dialihkan. Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.

(a) Berdasarkan Jadual 3, nyatakan
(i) satu pemerhatian bagi jalur getah asli X [1 markah]
(ii) satu inferens berdasarkan jawapan di (a)(i). [1 markah]
(b) Nyatakan dua pemboleh ubah yang dimalarkan. [2 markah]
(c) Pernyataan berikut menunjukkan satu hujah yang dibuat oleh seorang murid.
| Jalur getah asli mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap haba. |