Praktis Formatif 10.4 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


10.4 Produk Kesihatan

Soalan 1:
Apakah yang dikatakan sebagai bahan aktif dalam produk kesihatan?

Jawapan:
Bahan aktif ialah komponen tertentu dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit.

Soalan 2:
Berikan dua faktor kewajaran penggunaan produk kesihatan di Malaysia.

Jawapan:
Pengambilan makanan tidak seimbang/ Kekurangan nutrien dalam hidangan makanan/ Untuk tumbesaran yang normal dan sihat/ Meningkatkan keimunan badan melawan penyakit
(mana-mana dua)

Leave a Comment