Praktis Formatif 5.5 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


5.5 Kelapa Sawit

Soalan 1:
Namakan minyak yang diekstrakkan daripada bahagian buah kelapa sawit yang berikut:
(a) sabut
(b) isirung

Jawapan:
(a) Sabut : Minyak sawit
(b) Isirung: Minyak isirung sawit

Soalan 2:
Mengapakah buah kelapa sawit distim sebelum minyak diekstrak daripadanya?

Jawapan:
Untuk membunuh mikroorganisma yang boleh merosakkan buah kelapa sawit

Soalan 3:
Apakah bahan tindak balas yang bertindak balas dengan minyak sawit dalam proses yang berikut?
(a) Hidrolisis
(b) Pengesteran

Jawapan:
(a) Air
(b) Alkohol

Soalan 4:
Namakan dua bahan antioksidan yang terkandung dalam minyak sawit.

Jawapan:
Karotena, vitamin E

Leave a Comment