Aktiviti 8.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.2:
Menerangkan prinsip Bernoulli dengan menggunakan tiub Venturi

Bahan
Air paip

Radas
Tiub Venturi, tiub getah dan klip

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

2. Sediakan susunan radas seperti Rajah 8.12.



3. Tutup klip. Kemudian buka pili dan biarkan tiub X, Y and Z diisi dengan air.

4. Perhatikan dan banding ketinggian aras air dalam tiub X, Y dan Z.

5. Lakarkan pemerhatian anda pada rajah (a).

6. Buka klip dan pili supaya air mengalir ke dalam singki melalui tiub kaca secara berterusan.

7. Ulang langkah 4. Lakarkan pemerhatian anda pada rajah (b).

Pemerhatian



Soalan
1. Nyatakan hubungan antara halaju bendalir dengan tekanan berdasarkan pemerhatian dalam rajah (a) dan (b).

2. Namakan kesan perubahan pada tekanan dalam bendalir yang mengalir melalui bahagian tiub Venturi yang lebih sempit.

3. Apakah prinsip yang ditunjukkan dalam pemerhatian dalam rajah (b)?

Jawapan:
1.
• Dalam rajah (a), bendalir tidak mengalir, maka, berhalaju sifar dan mempunyai tekanan yang sama.
• Dalam rajah (b), apabila bendalir melalui kawasan sempit, halaju bendalir meningkat dan tekanan di kawasan tersebut berkurang.

2. Kesan Venturi

3. Prinsip Bernoulli

Leave a Comment