Eksperimen 2.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Eksperimen 2.2:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan kalium) terhadap pertumbuhan tumbuhan

Pernyataan masalah: Apakah kesan kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan kalium) terhadap pertumbuhan tumbuhan?

Hipotesis: Kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan kalium) merencatkan pertumbuhan tumbuhan.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Jenis larutan kultur
(b) bergerak balas : Pertumbuhan tumbuhan
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur, saiz dan jenis anak benih, cahaya dan suhu

Bahan: Air suling, larutan kultur lengkap, larutan kultur tanpa nitrogen, larutan kultur tanpa fosforus, larutan kultur tanpa kalium, anak benih jagung, kertas hitam dan kapas

Radas: Tabung didih, tiub penghantar, pam udara dan gabus

Prosedur:
1. Sediakan susunan radas (Rajah 2.8).


2. Letakkan susunan radas di kawasan yang bercahaya seperti tempat yang berdekatan dengan tingkap makmal sains yang disinari oleh cahaya matahari.

3. Pamkan udara masuk ke dalam larutan kultur pada setiap tabung didih selama 5 minit setiap hari.

4. Larutan kultur di dalam setiap tabung didih ditukar sekali seminggu dengan jenis larutan kultur yang sama.

5. Selepas dua minggu, perhatikan dan catat keadaan anak benih dari segi saiz tumbuhan, warna daun dan pertumbuhan akar.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Mengapakah tabung didih dibalut dengan kertas hitam?

2. Apakah kepentingan pengudaraan melalui larutan kultur pada setiap hari?

3. Mengapakah larutan kultur dalam setiap tabung didih ditukar sekali seminggu dengan jenis larutan kultur yang sama?

4. Nyatakan satu faktor selain nutrien yang mempengaruhi pertumbuhan anak benih.



Jawapan:
1. Untuk menghalang cahaya masuk ke dalam larutan kultur pada tabung didih. Larutan kultur yang terdedah kepada cahaya menggalakkan pertumbuhan alga. Alga akan menyerap nutrien dalam larutan kultur dan menjejaskan keputusan eksperimen.

2. Pengudaraan melalui larutan kultur membekalkan oksigen bagi respirasi akar anak benih.

3. Untuk menggantikan makronutrien yang telah diserap oleh anak benih

4. Suhu persekitaran, kelembapan udara, keamatan cahaya

(mana-mana satu)

Leave a Comment