Eksperimen 2.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Eksperimen 2.1:
Tujuan: Untuk menganggarkan nilai kalori dalam beberapa sampel makanan dengan menggunakan kalorimeter

Pernyataan masalah: Sampel makanan yang manakah yang mempunyai nilai kalori paling tinggi?

Hipotesis: Kacang tanah mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi berbanding dengan roti dan ikan bilis.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Jenis sampel makanan
(b) bergerak balas : Perubahan suhu/nilai kalori makanan
(c) dimalarkan : Jisim air

Bahan: 1 g kacang tanah, 1 g roti, 1 g ikan bilis, kapas dan air suling

Radas: Kaki retort, tabung didih, termometer, penghadang, plastisin dan jarum

Prosedur:
1. Sediakan susunan radas (Rajah 2.4).


2. Rekodkan jenis sampel makanan dan jisimnya, jisim air di dalam kalorimeter dan suhu awal, T1, pada termometer dalam jadual.

3. Gunakan pemetik api untuk menyalakan sampel makanan.

4. Perhatikan dan rekodkan suhu akhir, T2, selepas sampel makanan habis terbakar.

Keputusan:


Analisis data:
Hitungkan dan rekodkan nilai kalori bagi setiap sampel makanan dengan menggunakan formula yang berikut:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. (a) Adakah nilai kalori dalam sampel makanan yang ditentukan dengan menggunakan kalorimeter lebih besar atau lebih kecil daripada nilai kalori dalam sampel makanan yang sebenar?

1. (b) Terangkan jawapan anda.

2. Namakan satu contoh sampel makanan yang digunakan untuk menganggarkan nilai kalori dengan menggunakan kalorimeter bagi setiap kelas makanan yang berikut:
(a) karbohidrat
(b) lemak
(c) protein

3. Namakan satu kelas makanan yang tidak mempunyai nilai kalori. Berikan sebabnya.


Jawapan:
1. (a) Lebih kecil
1. (b) Perbezaan nilai kalori ini disebabkan oleh sebahagian tenaga hilang ke persekitaran sebagai tenaga haba.

2. (a) Beras
2. (b) Minyak sawit
2. (c) Putih telur

3. Air kerana air tidak dapat dioksidakan atau dibakar dengan lengkapnya.

Leave a Comment