Praktis Sumatif 11 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 11


Soalan 1:

Rajah 1
Azmeer menunggang motosikal ke arah utara dengan jarak 24 km, kemudian ke arah barat untuk 12 km dan akhirnya ke arah selatan dengan jarak 12 km sebelum dia berhenti untuk berehat (Rajah 1). Perjalanannya itu telah mengambil masa selama 2 jam.

(a) Berapakah jarak yang dilalui oleh Azmeer?

(b) Berapakah sesaran yang dilalui oleh Azmeer?

(c) Tentukan laju purata Azmeer.

(d) Hitungkan halaju purata bagi sesaran yang dilalui oleh Azmeer.


Jawapan:
(a)
24 km + 12 km + 12 km = 48 km

(b)
( 12 km ) 2 + ( 12 km ) 2 =16.97 km ke arah barat laut


(c)
48 km ÷ 2 hours = 24 km h–1

(d)
16.97 km ÷ 2 hours = 8.485 km h–1


Soalan 2:
Hilmi berjalan ke arah utara sejauh 8 m, sebelum menuju ke arah timur sejauh 8 m. Hilmi telah mengambil masa selama 5 minit untuk melengkapkan perjalanannya.
(a) Berapakah jarak bagi gerakan tersebut?

(b) Berapakah sesaran bagi gerakan tersebut?

(c) Tentukan halaju yang dicapai oleh Hilmi.

Jawapan:
(a)
8 m + 8 m = 16 m

(b)
( 8 m ) 2 + ( 8 m ) 2 =11.31 m ke arah timur laut

(c)
11.31 m ÷ (5 x 60 s) = 0.038 m s–1

Leave a Comment