Eksperimen 3.1 (C) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3


Eksperimen 3.1:
(C) Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan aktiviti fizikal

Tujuan: Menyiasat kesan aktiviti fizikal ke atas kadar denyutan nadi manusia.

Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jenis aktiviti fizikal?

Hipotesis: Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis aktiviti fizikal
(b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan: Tempoh masa, umur dan jantina

Radas: Jam randik

Prosedur:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Minta seorang murid daripada setiap kumpulan untuk melakukan tiga aktiviti, iaitu berehat, berjalan dan berlari. Lakukan setiap aktiviti tersebut selama dua minit.
(Nota: Pastikan murid tersebut berehat selama 5 minit sebelum memulakan aktiviti seterusnya.)
3. Ambil kiraan nadi murid tersebut selama satu minit selepas selesai melakukan setiap aktiviti dan rekodkan bacaannya di dalam jadual.

Keputusan:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan data yang diperoleh?
2. Adakah setiap murid mempunyai kadar denyutan nadi yang sama? Terangkan sebabnya.


Jawapan:
1. Kadar denyutan nadi bertambah apabila aktiviti berlari dijalankan kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih laju untuk membekalkan lebih banyak oksigen kepada badan.

2. Tidak, kerana kadar denyutan nadi bergantung pada tahap kecergasan dan kesihatan murid tersebut.

Leave a Comment