Sains SPM 2017, Kertas 2 (Soalan 2)

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya ke atas pertumbuhan bakteria.

Rajah 2


Keadaan bubur nutrien dalam tabung uji P dan Q diperhatikan selepas tiga hari.
Keputusan eksperimen ini direkodkan dalam Jadual 2.

Table 2


(a)
 Nyatakan satu pemerhatian pada bubur nutrien yang telah disimpan dalam kotak hitam selama tiga hari. [1 markah]

(b)
 Nyatakan satu inferens bagi eksperimen ini. [1 markah]

(c)
 Nyatakan pemboleh ubah bagi eksperimen ini. [2 markah]
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas

(d)
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi bakteria. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Keadaan bubur nutrien menjadi keruh.

(b)
Bakteria tumbuh dengan aktif dalam keadaan gelap.

(c)(i)
Keadaan cahaya

(c)(ii)
Keadaan bubur nutrien

(d)
Bakteria ialah mikroorganisma yang menyebabkan keadaan bubur nutrien menjadi keruh.

Leave a Comment