5.9.5 Elektrolisis (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan susunan radas dalam suatu eksperimen.


(a) Namakan proses dalam Rajah 1. [1 markah]



(b)(i) Namakan logam Q. [1 markah]
 
(ii) Apakah yang berlaku pada logam Q semasa proses dalam Rajah 1? [1 markah]

(c) Logam yang manakah berfungsi sebagai katod? [1 markah]

(d)(i) Apakah yang berlaku pada kunci besi di akhir eksperimen? [1 markah]
 
(ii) Nyatakan satu cara untuk mendapatkan keputusan yang baik di (d)(i) [1 markah]


Jawapan:
(a) Penyaduran logam

(b)(i) Kuprum
(b)(ii) Logam Q melarut dalam larutan kuprum(II) sulfat untuk membentuk ion kuprum dan menjadi lebih nipis.

(c) Kunci besi

(d)(i) Permukaan kunci besi akan disaluti dengan lapisan perang kuprum.
(d)(ii) Permukaan logam yang disadurkan mesti dibersihkan dengan kertas pasir sebelum elektrolisis bermula.



Leave a Comment