Sains SPM 2025 Kertas 2 (Bahagian C Soalan 11 – 13)


Soalan 11:
Terdapat dua pili air pada dua tembok pagar yang berbeza. Salah satu pili air pada tembok pagar telah rosak, menyebabkan air menitis keluar secara berterusan.
Rajah 10 menunjukkan keadaan tembok pagar tersebut selepas satu bulan.


Berdasarkan situasi dalam Rajah 10, rancang satu eksperimen dalam makmal dengan menggunakan dua piring Petri steril yang mengandungi agar-agar nutrien steril yang lembap, larutan kultur bakteria Bacillus sp., dawai gelung, pita selofan dan ketuhar untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Perancangan eksperimen tersebut perlu mengandungi kriteria berikut:


(a) Pernyataan masalah [1 markah]

(b) Hipotesis [1 markah]

(c)(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(ii) Cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(d)(i) Pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]

(ii) Cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]

(e) Penjadualan data [2 markah]

(f) Dua langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen [2 markah]


Jawapan:
(a) Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?

(b) Kelembapan yang rendah merencatkan pertumbuhan Bacillus sp.

(c)(i) Kelembapan agar-agar nutrien.

(c)(ii) Satu piring Petri dipanaskan dalam ketuhar supaya agar-agar menjadi kering manakala satu lagi dikekalkan lembap.

(d)(i) Bilangan koloni Bacillus sp.

(d)(ii) Mengira dan merekod bilangan koloni bakteria selepas tiga hari.


(e) 

(f)
1. Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas eksperimen.
2. Sterilkan semua radas dan bahan buangan selepas eksperimen.

Leave a Comment