Aktiviti 5.9 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.9:
Memerihalkan struktur buah kelapa sawit dan mengenal pasti aspek kuantiti minyak daripada sabut dan isirung

Bahan
10 biji buah kelapa sawit

Radas
Forseps, pisau, kanta pembesar, alat penekan, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai dan jubin putih

Arahan
1. Letakkan sebiji buah kelapa sawit di atas jubin putih. Pegang buah kelapa sawit itu dengan menggunakan forseps dan potong buah kelapa sawit secara keratan rentas dengan menggunakan pisau (Rajah 5.19).


2. Perhatikan dan lakarkan struktur buah kelapa sawit dan labelkan bahagian dalam struktur buah kelapa sawit tersebut.

3. Cuci semua buah kelapa sawit dengan air.

4. Masukkan buah kelapa sawit ke dalam bikar yang berisi air dan didihkan air dan buah kelapa sawit itu selama 20 minit (Rajah 5.20).

5. Keluarkan buah kelapa sawit dari bikar dengan menggunakan forseps.

6. Asingkan sabut daripada tempurung buah kelapa sawit (Rajah 5.21).

7. Masukkan sabut ke dalam alat penekan untuk diperah. Kumpulkan minyak sawit yang diekstrakkan daripada sabut di dalam bikar (Rajah 5.22).

8. Potong tempurung buah kelapa sawit dan keluarkan isirung.

9. Ulang langkah 7 dengan menggantikan sabut dengan isirung.

10. Bandingkan dan bezakan kuantiti minyak yang diekstrakkan daripada sabut dan isirung.
Catat kuantiti minyak yang dikumpulkan di dalam bikar.

Pemerhatian
Lakar dan labelkan keratan rentas buah kelapa sawit.


Soalan
1. Apakah tujuan memanaskan buah kelapa sawit dalam air mendidih?

2. Apakah perbezaan dalam kuantiti minyak yang diekstrakkan daripada sabut dan isirung?

3. Nyatakan perbezaan warna antara minyak yang diekstrakkan daripada sabut dengan minyak yang diekstrak daripada isirung kelapa sawit.


Jawapan:
1. Melembutkan sabut pada buah kelapa sawit

2. Kuantiti minyak yang diekstrakkan daripada sabut adalah lebih banyak daripada kuantiti minyak yang diekstrakkan daripada isirung.

3. Minyak yang diekstrakkan daripada sabut berwarna merah manakala minyak yang diekstrakkan daripada isirung berwarna putih atau kuning.

Leave a Comment