Praktis Sumatif 10 (Soalan 5 – 7) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 5:
Seorang murid Tingkatan 4 mempunyai kulit yang kering dan kusam. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor berkaitan dengan amalan pemakanan yang kurang pengambilan bahan antioksidan.
Huraikan cara masalah ini boleh dielakkan.

Huraian anda hendaklah mengandungi:
(a) pernyataan masalah
(b) punca berlakunya masalah
(c) tiga langkah penyelesaian

Jawapan:
(a) Kulit kering dan kusam.

(b) Amalan pemakanan yang kurang pengambilan bahan antioksidan.

(c)
• Mengamalkan pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi bahan antioksidan

• Mengambil produk-produk kesihatan yang mengandungi kandungan bahan antioksidan bagi kulit

• Mengamalkan produk sapuan seperti krim muka yang mempunyai kandungan bahan antioksidan


Soalan 6:
Kini, terdapat pelbagai produk kesihatan di pasaran. Huraikan kewajaran seseorang
individu bagi mendapatkan produk kesihatan berkenaan.

Jawapan:
Kewajaran pengambilan suplemen dan kosmetik adalah disebabkan kesibukan urusan pekerjaan.
Golongan yang sibuk memang memerlukan makanan suplemen demi menjamin kesihatan. Golongan ini kekurangan senaman dan aktiviti riadah.
Mereka juga sentiasa makan di luar kerana tiada masa menyediakan makanan sendiri.
Maka, mereka menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang seimbang.
Sebagai contoh, pengambilan omega-3 melindungi seseorang daripada menghidap sakit jantung.
Pil-pil vitamin menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.

Soalan 7:
Hasnah merupakan seorang pekerja kilang yang mempunyai waktu kerja 12 jam yang sangat memenatkan. Pada pandangan anda, apakah masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami olehnya dan bagaimanakah untuk mengatasinya tanpa mengubah pekerjaannya?

Huraian anda hendaklah mengandungi:
• masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami
• cara penyelesaian bagi setiap masalah kesihatan


Jawapan:
Masalah kesihatan yang mungkin dialami:
• Penyakit malnutrisi kerana kurang masa mendapatkan makananberkhasiat
• Masalah kulit akibat proses penuaan awal kerana kurang pengambilan bahan antioksidan
• Lenguh pada otot dan masalah saraf

Cara penyelesaian:
Malnutrisi
• pengambilan suplemen dan pil vitamin yang mengandungi pelbagai nutrien

Proses penuaan
• pengambilan suplemen atau produk kesihatan yang mengandungi bahan antioksidan bagi melambatkan proses penuaan.

Kelenguhan pada otot dan masalah saraf
• lakukan urutan badan sebulan sekali untuk mengatasi kelenguhan dan masalah saraf


Leave a Comment