5.7.2 Konsep Momentum (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji perlanggaran antara troli yang berlainan jisim dengan bongkah plastisin.



Kedua-dua troli bergerak pada halaju yang sama.
(a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]

(b)(i) Apakah yang dapat anda perhatikan pada bongkah plastisin selepas perlanggaran? [1 markah]
(ii) Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian di (b)(i). [1 markah]

(c) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Jisim troli

(a)(ii)
Panjang lekuk pada bongkah plastisin

(b)(i)

Troli T menghasilkan lekuk yang lebih panjang pada bongkah plastisin berbanding dengan lekuk yang dihasilkan oleh troli S selepas troli-troli T dan S berlanggar dengan bongkah plastisin.

(b)(ii)

Apabila sebuah troli yang bergerak dan berjisim lebih besar berlanggar dengan sebongkah plastisin, satu lekuk yang lebih panjang akan dibentukkan pada bongkah plastisin itu.

(c)
Semakin besar jisim troli bergerak yang berlanggar dengan bongkah plastisin, semakin panjang lekuk yang dibentukkan pada bongkah plastisin itu.


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji perlanggaran sebuah troli dengan blok M. Selepas perlanggaran, blok M disesarkan kepada kedudukan baru.
Eksperimen diulangi dengan menggunakan dua buah troli seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.2.



Keputusan eksperimen ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah.


(a) Ukur sesaran blok M selepas perlanggaran dalam Rajah 2.2.  [1 markah]

(b) Nyatakan satu pemerhatian tentang sesaran blok M dalam Rajah 2.1 dan Rajah 2.2[1 markah]

(c) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimalarkan [1 markah]
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(d) Ramalkan sesaran blok M jiga tiga troli digunakan. [1 markah]

Jawapan:
(a) 6 cm

(b)
Sesaran blok M bertambah apabila bilangan troli bertambah.

(c)(i)
Panjang dan kecondongan landasan, jisim blok M.

(c)(ii)
Bilangan troli yang digunakan

(d)
9 cm


Soalan 3 (SPM 2019):
Rajah 5 menunjukkan seorang lelaki melepaskan bola boling. Bola boling itu menghentam pin pada halaju tertentu.

Rajah 5


(a) Berdasarkan Rajah 5, hitung momentum bola boling tersebut. [1 markah]
[Momentum = Jisim x Halaju]
………………………….. kg ms-1

(b) Apakah yang perlu dilakukan oleh lelaki itu untuk meningkatkan momentum bola boling tersebut? [1 markah]

(c)
Tulis pada ruang yang disediakan, sama ada prinsip keabadian momentum atau inersia yang terlibat dalam situasi berikut. [2 markah]


(d) Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap tahun.
Kebanyakan kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Terangkan pernyataan di atas dengan menggunakan konsep momentum. [2 markah]


Jawapan:
(a) 
Momentum = 5 kg x 7 m s-1
                    = 35 kg m s-1

(b) Membaling bola baling dengan halaju yang lebih tinggi.

(c)


(d)
Apabila kelajuan bertambah, momentum kereta juga bertambah. Dalam suatu kemalangan, masa perubahan momentum adalah singkat. Maka, daya yang bertindak ke atas kereta itu adalah besar dan menyebabkan kerosakan teruk.

Leave a Comment