Sains SPM 2025 Kertas 2 (Bahagian A Soalan 1 & 2)


Soalan 1:
Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan untuk menyiasat jenis variasi bagi jenis kumpulan darah dalam kalangan murid.
Rajah 1 menunjukkan jenis kumpulan darah bagi 20 orang murid.

(a) Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan bilangan murid bagi setiap jenis kumpulan darah. [2 markah]


(b) Berdasarkan data dalam Jadual 1, lukiskan satu carta bar untuk mewakili jenis variasi tersebut. [2 markah]

(c) Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan murid.

Jenis kumpulan darah ialah variasi tak selanjar. 
Berdasarkan Jadual 1 atau graf di 1(b), nyatakan satu maklumat untuk menyokong kesimpulan tersebut. [1 markah]


Jawapan:
(a) A : 5
AB : 3

(b)
1. Semua 4 bar dilukis dengan ketinggian yang betul
2. Jarak antara semua bar adalah sama

(c) 
1. Graf bagi jenis kumpulan darah berbentuk diskrit.
2. Tiada nilai perantaraan bagi jenis kumpulan darah.
(Mana-mana satu jawapan)



Soalan 2:
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas pada suhu bilik.


(a) Lengkapkan Jadual 2. [2 markah]

(b) Eksperimen diulang dengan menggunakan larutan natrium tiosulfat 0.16 mol dm-3.
Ramalkan masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan.
[1 markah]

(c) Berdasarkan Jadual 2, nyatakan hubungan antara kepekatan bahan tindak balas dengan masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan. [1 markah]


(d) Seorang murid membuat hipotesis berikut.

Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
Hipotesis tersebut diterima.
Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 2, nyatakan satu alasan.
[1 markah]


Jawapan:
(a)(i) 21 s

(a)(ii) 40 s

(b) 30 s
Pelajar mesti beri satu nilai diantara 21 s hingga 40 s

(c) Semakin tinggi kepekatan natrium tiosulfat, semakin singkat masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan

(d) Set A mempunyai kepekatan natrium tiosulfat yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih singkat untuk tanda ‘X’ hilang berbanding Set B.


Leave a Comment