Praktis Formatif 8.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Nyatakan prinsip Pascal.

Jawapan:
Prinsip Pascal menyatakan bahawa penyebaran tekanan yang dikenakan pada sesuatu bendalir (cecair atau gas) dalam satu sistem tertutup adalah secara seragam pada keseluruhan bendalir tersebut dan ke semua arah.


Soalan 2:
Nyatakan prinsip asas sistem hidraulik.

Jawapan:
Prinsip asas sistem hidraulik adalah pemindahan tekanan ke semua arah berdasarkan prinsip Pascal


Soalan 3:
Berikan tiga contoh aplikasi prinsip Pascal dalam kehidupan harian.

Jawapan:
Sistem jek hidraulik, sistem brek hidraulik, kerusi rawatan gigi


Soalan 4:
Nyatakan prinsip Bernoulli.

Jawapan:
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa bendalir yang bergerak dengan halaju lebih tinggi menghasilkan tekanan yang lebih rendah pada kawasan tersebut.

Leave a Comment