Soalan 1:
Apakah maksud Sistem Penentu Sejagat (GPS)?
Jawapan:
Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System (GPS)) merupakan suatu sistem navigasi yang memberi maklumat tentang lokasi dan masa kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca.

Soalan 2:
Bagaimanakah GPS berfungsi?
Jawapan:
Dalam GPS,
• Segmen kawalan menghantar isyarat menggunakan antena Bumi yang terdapat dalam stesen pengawasan ke satelit-satelit GPS yang berada di segmen angkasa.
• Isyarat yang diterima oleh satelitsatelit GPS ini kemudiannya dibetulkan supaya jam/masa menjadi tepat.
• Isyarat yang telah dibetulkan ini kemudiannya dihantar semula oleh satelit-satelit GPS kepada pengguna GPS yang berada dalam segmen pengguna.

Soalan 3:
Apakah kegunaan GPS?
Jawapan:
Tujuan navigasi dan penetapan jam global atau tempatan yang piawai

Soalan 4:
Apakah faedah pemberitahuan tentang kemalangan jalan raya yang berlaku dalam aplikasi navigasi bagi para pengguna jalan raya tersebut?
Jawapan:
• Mengurangkan kelajuan kenderaan yang sedang melalui jalan tersebut
• Memaklumkan kepada pengguna supaya lebih berhati-hati tentang kemungkinan kehadiran halangan atau objek di atas jalan raya
• Pengguna lain dapat memilih jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas