Sains Tingkatan 4 Bab 9 (Polimer) – Praktis SPM (Soalan 6 – 10)


Soalan 6:
Rajah 1 menunjukkan bekas yang diperbuat daripada sejenis polimer sintetik.

Rajah 1


(a) Namakan jenis polimer sintetik yang ditunjukkan dalam Rajah 1. [1 markah]

(b)
 Nyatakan dua ciri polimer sintetik dalam Rajah 1. [2 markah]

(c)
 Apakah kesan pelupusan secara tidak teratur bagi polimer sintetik dalam Rajah 1 terhadap alam sekitar? [1 markah]

(d)
 Nyatakan dua cara yang betul untuk melupuskan polimer sintetik dalam Rajah 1 untuk pemeliharaan alam sekitar. [2 markah]


Jawapan:
(a)
Politena atau polietena

(b)
– Lembut apabila dipanaskan dan keras apabila disejukkan
– Boleh diacu semula lebih daripada satu kali

(c)
Pelupusan polimer sintetik secara tidak teratur seperti pembakaran akan membebaskan gas beracun dan berasid yang menyebabkan pencemaran udara dan hujan asid.

(d)
– Kitar semula atau memproses semula
– Membakar di dalam insinerator yang tidak membebaskan gas beracun ke alam sekitar



Soalan 7:
Jadual 1.1 menunjukkan dua jenis produk yang diperbuat daripada getah.
(a) Lengkapkan Jadual 1.1. [4 markah]

Jadual 1.1


(b) Jadual 1.2 menunjukkan ciri-ciri plastik A dan plastik B

Jadual 1.2

Dalam 1.2, nyatakan jenis plastik A dan plastik B. [2 markah]


Jawapan:
(a)



(b)



Leave a Comment