Soalan 13:
Peratus gas karbon dioksida semakin meningkat dalam 10 tahun kebelakangan ini akibat daripada pelbagai aktiviti manusia.
(a) Nyatakan dua proses yang membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera. [2 markah]
(b) Rajah 12 menunjukkan satu simbol bagi satu proses untuk melupuskan sisa.

Huraikan bagaimana proses dalam Rajah 12 memberikan impak positif terhadap kualiti udara. [2 markah]
(c) Jadual 5 menunjukkan data bagi pembebasan gas karbon dioksida oleh sektor pengangkutan dan sektor tenaga dalam tempoh 10 tahun.

Terangkan perubahan pembebasan gas karbon dioksida oleh sektor pengangkutan dan sektor tenaga. [4 markah]
(d) Sebuah agensi bukan kerajaan (NGO) telah menjalankan program penanaman semula hutan paya bakau sebagai usaha dalam imbangan karbon.
Huraikan kesan tindakan tersebut terhadap kelestarian alam sekitar.
[4 markah]
Jawapan:
(a) – Pembakaran bahan api fosil
– Respirasi organisma hidup
– Pereputan bahan organik
– Pembakaran terbuka
(Mana-mana dua jawapan)
(b) 1. Rajah 12 menunjukkan proses kitar semula.
2. Kitar semula mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dibakar atau dilupuskan di tapak pelupusan.
3. Hal ini mengurangkan pembebasan asap dan gas karbon dioksida ke udara.
(c) 1. Pembebasan gas karbon dioksida bagi sektor pengangkutan menurun daripada 183 juta tan pada tahun 2000 kepada 163 juta tan pada tahun 2010, iaitu penurunan sebanyak 20 juta tan.
2. Hal ini kerana penggunaan Teknologi Hijau seperti kereta hibrid, kereta elektrik dan pengangkutan awam dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
3. Pembebasan gas karbon dioksida bagi sektor tenaga juga menurun daripada 358 juta tan pada tahun 2000 kepada 299 juta tan pada tahun 2010, iaitu penurunan sebanyak 59 juta tan.
4. Hal ini kerana penggunaan tenaga boleh baharu seperti tenaga solar, hidro dan angin dapat mengurangkan pembakaran bahan api fosil.
(d) 1. Penanaman semula hutan paya bakau meningkatkan penyerapan gas karbon dioksida daripada atmosfera.
2. Hal ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.
3. Hutan paya bakau juga mengurangkan hakisan pantai dan melindungi kawasan persisiran pantai.
4. Selain itu, hutan paya bakau menjadi habitat hidupan akuatik dan mengekalkan keseimbangan ekosistem.