Soalan 8:
Encik Firdaus baru mendapat tawaran kerja di sebuah kilang pembuatan kenderaan. Dia mendapati bahawa badan dan enjin kenderaan diperbuat daripada keluli.
(a) Nyatakan logam utama dalam keluli.
[1 markah]
(b) Terangkan mengapa keluli digunakan dalam pembuatan enjin kenderaan.
[2 markah]
(c) Jadual 3 menunjukkan perbandingan dua jenis tayar, M dan N.

(i) Berdasarkan Jadual 3, pilih tayar yang lebih sesuai digunakan bagi kenderaan.
[1 markah]
(ii) Terangkan jawapan anda bagi 8(c)(i).
[1 markah]
(d) Jika tayar jenis N digunakan pada permukaan jalan raya yang kasar dan tidak rata, berikan satu kesan terhadap tayar tersebut.
[1 markah]
Jawapan:
(a) Besi/ Ferum
(b) – Keluli keras dan kuat
– Keluli tahan karat
(c)(i) Jenis M
(c)(ii) Lebih kenyal/ Tahan terhadap haba
(d) Tayar cepat haus

Soalan 9:
Encik Atan telah mengubahsuai bas lamanya sebagai sebuah rumah persinggahan yang mempunyai ciri-ciri Teknologi Hijau seperti dalam Rajah 9.1.

(a) Nyatakan jenis sektor dalam Teknologi Hijau yang diaplikasikan dalam Rajah 9.1. [1 markah]
(b) Rakan Encik Atan mencadangkan supaya dia menggantikan penggunaan bahan api fosil dengan panel solar bagi menjana elektrik untuk kegunaan penyaman udara.
Berikan kelebihan penggunaan panel solar.
[1 markah]
(c) Rajah 9.2 menunjukkan kompressor penyaman udara yang telah diubah suai oleh Encik Atan pada bas tersebut. Air yang terkondensasi dari penyaman udara digunakan untuk menyiram pokok hiasannya.
Adakah pengubahsuaian tersebut mampu mengurangkan kos penggunaan air? Wajarkan.
[2 markah]
(d) Encik Atan merancang ke luar negara selama dua minggu. Dia bimbang pokok hiasannya akan mati kerana tidak disiram.
Bagi membantu Encik Atan mengatasi masalah tersebut, anda telah mereka bentuk satu alat seperti Rajah 9.3.

(i) Terangkan bagaimana alat itu berfungsi.
1. ……………………………
2. …………………………….
[2 markah]
(ii) Bagaimanakah reka bentuk alat tersebut dapat menangani isu sosiosaintifik dalam menguruskan sisa pepejal?
[1 markah]
Jawapan:
(a) Sektor bangunan
(b)
– Tiada pencemaran
– Mesra alam
– Tenaga boleh diperbaharui
– Percuma
(mana-mana satu jawapan)
(c)
– Ya kerana sumber air yang diperolehi percuma
– Tidak kerana kuantiti air yang sedikit dihasilkan
(mana-mana satu jawapan)
(d)(i)
1. Kain perca akan menyerap air
2. Tali diikat supaya alat itu boleh digantung
3. Bahagian atas botol dijadikan sebagai tempat meletak tanah
(mana-mana satu jawapan)
(d)(ii) Kitar semula botol dan kain perca
Encik Atan telah mengubahsuai bas lamanya sebagai sebuah rumah persinggahan yang mempunyai ciri-ciri Teknologi Hijau seperti dalam Rajah 9.1.

(a) Nyatakan jenis sektor dalam Teknologi Hijau yang diaplikasikan dalam Rajah 9.1. [1 markah]
(b) Rakan Encik Atan mencadangkan supaya dia menggantikan penggunaan bahan api fosil dengan panel solar bagi menjana elektrik untuk kegunaan penyaman udara.
Berikan kelebihan penggunaan panel solar.
[1 markah]
(c) Rajah 9.2 menunjukkan kompressor penyaman udara yang telah diubah suai oleh Encik Atan pada bas tersebut. Air yang terkondensasi dari penyaman udara digunakan untuk menyiram pokok hiasannya.
Adakah pengubahsuaian tersebut mampu mengurangkan kos penggunaan air? Wajarkan.[2 markah]
(d) Encik Atan merancang ke luar negara selama dua minggu. Dia bimbang pokok hiasannya akan mati kerana tidak disiram.
Bagi membantu Encik Atan mengatasi masalah tersebut, anda telah mereka bentuk satu alat seperti Rajah 9.3.

(i) Terangkan bagaimana alat itu berfungsi.
1. ……………………………
2. …………………………….
[2 markah]
(ii) Bagaimanakah reka bentuk alat tersebut dapat menangani isu sosiosaintifik dalam menguruskan sisa pepejal?
[1 markah]
Jawapan:
(a) Sektor bangunan
(b)
– Tiada pencemaran
– Mesra alam
– Tenaga boleh diperbaharui
– Percuma
(mana-mana satu jawapan)
(c)
– Ya kerana sumber air yang diperolehi percuma
– Tidak kerana kuantiti air yang sedikit dihasilkan
(mana-mana satu jawapan)
(d)(i)
1. Kain perca akan menyerap air
2. Tali diikat supaya alat itu boleh digantung
3. Bahagian atas botol dijadikan sebagai tempat meletak tanah
(mana-mana satu jawapan)
(d)(ii) Kitar semula botol dan kain perca
Soalan 10:
Rajah 10.1 menunjukkan kedudukan satelit R dan satelit S pada ketinggian yang berbeza.

(a) Berdasarkan Rajah 10.1 , apakah jenis orbit untuk satelit S? [1 markah]
(b) Kegunaan satelit sebagai sistem penentu sejagat (GPS) boleh menentukan lokasi sesuatu tempat berdasarkan format koordinat darjah, minit dan saat (DMS) dan darjah desimal (DD). Rajah 10.2 menunjukkan koordinat GPS bagi suatu tempat di Malaysia.

Dengan menggunakan kalkulator saintifik, tukarkan koordinat DMS kepada koordinat DD.
Format koordinat DD: ……………………… latitud …………………….. longitud
[1 markah]
(c) Rajah 10.3 menunjukkan dua kenderaan pelancar yang digunakan untuk menempatkan satelit ke dalam orbit.
Manakah jenis kenderaan pelancar yang lebih baik?
Terangkan.
[2 markah]
(d) Rajah 10.4 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model satelit.

Lakarkan dan label model satelit anda dalam ruang yang disediakan. [2 markah]
Jika model satelit itu direalisasikan, terangkan fungsi panel solar dalam satelit itu. [1 markah]
Jawapan:
(a) Orbit Geopegun
(b) 6.291336 latitud 99.728940 longitud
(c) RLV
Penerangan:
Boleh digunakan lebih dari sekali
Kos pelancaran lebih murah
(d)
Lakaran
Label
Fungsi solar panel adalah menerima cahaya matahari dan menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik
Rajah 10.1 menunjukkan kedudukan satelit R dan satelit S pada ketinggian yang berbeza.

(a) Berdasarkan Rajah 10.1 , apakah jenis orbit untuk satelit S? [1 markah]
(b) Kegunaan satelit sebagai sistem penentu sejagat (GPS) boleh menentukan lokasi sesuatu tempat berdasarkan format koordinat darjah, minit dan saat (DMS) dan darjah desimal (DD). Rajah 10.2 menunjukkan koordinat GPS bagi suatu tempat di Malaysia.

Dengan menggunakan kalkulator saintifik, tukarkan koordinat DMS kepada koordinat DD.
Format koordinat DD: ……………………… latitud …………………….. longitud
[1 markah]
(c) Rajah 10.3 menunjukkan dua kenderaan pelancar yang digunakan untuk menempatkan satelit ke dalam orbit.
Manakah jenis kenderaan pelancar yang lebih baik?Terangkan.
[2 markah]
(d) Rajah 10.4 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model satelit.

Lakarkan dan label model satelit anda dalam ruang yang disediakan. [2 markah]
Jika model satelit itu direalisasikan, terangkan fungsi panel solar dalam satelit itu. [1 markah]
Jawapan:
(a) Orbit Geopegun
(b) 6.291336 latitud 99.728940 longitud
(c) RLV
Penerangan:
Boleh digunakan lebih dari sekali
Kos pelancaran lebih murah
(d)
LakaranLabel