Sains SPM 2023 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian B Soalan 8 – 10)


Soalan 8:
Encik Firdaus baru mendapat tawaran kerja di sebuah kilang pembuatan kenderaan. Dia mendapati bahawa badan dan enjin kenderaan diperbuat daripada keluli.
(a) Nyatakan logam utama dalam keluli.
[1 markah]

(b) Terangkan mengapa keluli digunakan dalam pembuatan enjin kenderaan. 
[2 markah]


(c) Jadual 3 menunjukkan perbandingan dua jenis tayar, M dan N. 


(i) Berdasarkan Jadual 3, pilih tayar yang lebih sesuai digunakan bagi kenderaan. 
[1 markah]

(ii) Terangkan jawapan anda bagi 8(c)(i). 
[1 markah]

(d) Jika tayar jenis N digunakan pada permukaan jalan raya yang kasar dan tidak rata, berikan satu kesan terhadap tayar tersebut.
[1 markah]


Jawapan:
(a) Besi/ Ferum

(b) – Keluli keras dan kuat 
– Keluli tahan karat 

(c)(i) Jenis M

(c)(ii) Lebih kenyal/ Tahan terhadap haba 

(d) Tayar cepat haus 


Soalan 9:
Encik Atan telah mengubahsuai bas lamanya sebagai sebuah rumah persinggahan yang mempunyai ciri-ciri Teknologi Hijau seperti dalam Rajah 9.1.


(a) Nyatakan jenis sektor dalam Teknologi Hijau yang diaplikasikan dalam Rajah 9.1. [1 markah]


(b) Rakan Encik Atan mencadangkan supaya dia menggantikan penggunaan bahan api fosil dengan panel solar bagi menjana elektrik untuk kegunaan penyaman udara.
Berikan kelebihan penggunaan panel solar.
[1 markah]

(c) Rajah 9.2 menunjukkan kompressor penyaman udara yang telah diubah suai oleh Encik Atan pada bas tersebut. Air yang terkondensasi dari penyaman udara digunakan untuk menyiram pokok hiasannya. 

Adakah pengubahsuaian tersebut mampu mengurangkan kos penggunaan air? Wajarkan.
[2 markah]


(d) Encik Atan merancang ke luar negara selama dua minggu. Dia bimbang pokok hiasannya akan mati kerana tidak disiram.
Bagi membantu Encik Atan mengatasi masalah tersebut, anda telah mereka bentuk satu alat seperti Rajah 9.3.


(i) Terangkan bagaimana alat itu berfungsi. 
1.  ……………………………
2.  …………………………….
[2 markah]
(ii) Bagaimanakah reka bentuk alat tersebut dapat menangani isu sosiosaintifik dalam menguruskan sisa pepejal?
[1 markah]


Jawapan:
(a) Sektor bangunan

(b)
– Tiada pencemaran
– Mesra alam
– Tenaga boleh diperbaharui
– Percuma
(mana-mana satu jawapan)


(c)
– Ya kerana sumber air yang diperolehi percuma 
– Tidak kerana kuantiti air yang sedikit dihasilkan
(mana-mana satu jawapan)

(d)(i)
1. Kain perca akan menyerap air 
2. Tali diikat supaya alat itu boleh digantung 
3. Bahagian atas botol dijadikan sebagai tempat meletak tanah 
(mana-mana satu jawapan) 

(d)(ii) Kitar semula botol dan kain perca 

Leave a Comment