Sains Tingkatan 5 Bab 8 (Tekanan dalam Bendalir) – Praktis SPM (Soalan 1 – 5)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji Prinsip Bernoulli.



(a)(i) Nyatakan satu pemerhatian tentang paras air dalam rajah 1. [1 markah]

(ii) Nyatakan inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian di (a)(i). [1 markah]

(b) Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini. [1 markah]

(c) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi Prinsip Bernoulli. [1 markah]

(d) Tandakan ( √ ) pada petak yang disediakan bagi menunjukkan radas yang menggunakan Prinsip Bernoulli. [1 markah]



Jawapan:
(a)(i)
– Aras air dalam tiub menegak Y adalah paling rendah.
– Aras air dalam tiub menegak X adalah paling tinggi.
(mana-mana satu)

(a)(ii)
– Air di dasar tiub menegak Y mengenakan tekanan yang paling rendah.
– Air di dasar tiub menegak X mengenakan tekanan yang paling tinggi.
(mana-mana satu)

(b)
Tekanan yang dikenakan oleh air yang mengalir.

(c)
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa tekanan dalam cecair berkurang apabila kelajuan cecair itu bertambah.

(d)





Soalan 2:
Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji tekanan yang dihasilkan oleh bongkah logam A dan bongkah logam B yang sama jisimnya.

Rajah 1.1



Rajah 1.2 menunjukkan kesan ke atas plastisin apabila bongkah logam A dan bongkah logam B dijatuhkan.

Rajah 1.2


(a)
 Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini? [1 markah]

(b)
 Tuliskan satu pemerhatian bagi hasil eksperimen ini. [1 markah]

(c)
 Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian pada Rajah 1.2[1 markah]

(d)
Berdasarkan Rajah 1.2, ukur dan catatkan kedalaman lekukan A. [1 markah]


(e)
 Bongkah logam C dalam Rajah 1.3 mempunyai jisim yang sama dengan bongkah logam A dan bongkah logam B.
Rajah 1.3

Ramalkan kedalaman lekukan yang terhasil pada plastisin apabila bongkah logam C dijatuhkan pada ketinggian yang sama. [1 markah]


Jawapan:
(a) 
Berat bongkah logam (dijatuhkan pada ketinggian yang sama).

(b) 
Kedalaman lekukan A lebih panjang daripada kedalaman lekukan B.

(c)
Luas permukaan bongkah A lebih kecil daripada luas permukaan bongkah B.

(d)
Kedalaman lekukan A ialah 1 cm.

(e)
Lebih panjang daripada kedalaman lekukan A (atau lebih panjang daripada 1 cm).



Soalan 3:
Rajah 1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara tujah ke atas dengan berat air yang disediakan.



(a) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan berat objek di dalam air dan tulis jawapan anda pada Jadual di bawah. [1 markah]


(b) Perhatikan Rajah 1. Bandingkan berat objek di udara dan di dalam air. [1 markah]

(c) Nyatakan satu inferens bagi eksperimen. [1 markah]

(d) Nyatakan satu pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini. [1 markah]

(e) Tujah ke atas bertindak ke atas suatu objek apabila ia ditenggelamkan di dalam air.
  Nyatakan definisi secara operasi bagi tujah ke atas[1 markah]


Jawapan:
(a)


(b) Berat objek di udara adalah lebih besar daripada berat objek di dalam air.

(c)
Kehilangan berat yang ketara adalah sama dengan berat air yang disesarkan.

(d)
Berat air yang disesarkan.

(e)
Tujah ke atas ialah kehilangan berat yang ketara sesuatu objek itu apabila objek itu direndamkan dalam air.


Soalan 4:
Rajah 2.1 menunjukkan berat suatu blok logam di udara.



Rajah 2.2 menunjukkan berat ketara blok logam itu apabila dimasukkan ke dalam air.



(a) Berdasarkan Rajah 2.1 dan Rajah 2.2:
(i) Nyatakan satu pemerhatian daripada keputusan eksperimen ini. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu inferens daripada eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini. [1 markah]


Eksperimen ini diulang dengan menggunakan air laut seperti yang ditunjukkan dakam Rajah 2.3.


(c) Berdasarkan Rajah 2.3, apakah bacaan pada neraca spring? [1 markah]

(d) Ramalkan bacaan neraca spring jika blok logam itu dimasukkan ke dalam cecair yang ketumpatannya lebih tinggi daripada ketumpatan air laut. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Berat blok logam di udara melebihi berat ketara blok logam itu apabila dimasukkan ke dalam air.

(a)(ii)
Tujah ke atas bertindak ke atas blok logam apabila blok logam itu dimasukkan ke dalam air.

(b)
Blok logam, air (ketumpatan = 1 g cm-3). (mana-mana satu)

(c)
2.4 N

(d)
Bacaan neraca spring adalah lebih kecil daripada bacaan yang ditunjukkan pada Rajah 2.3.


Soalan 5 (SPM 2017):
Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pemindahan tekanan dalam cecair oleh sistem hidraulik. Pemberat ditambah di atas omboh picagari besar. Pemberat yang sesuai ditambah di atas omboh picagari kecil sehingga kedua-dua omboh berada pada aras yang sama. Pemberat yang ditambah mewakili daya yang bertindak pada kedua-dua omboh.

 

Rajah 1


Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1


(a) Berdasarkan keputusan pada Jadual 1, lukis graf untuk menunjukkan daya yang bertindak pada omboh kecil melawan daya yang bertindak pada omboh besar pada kertas graf yang disediakan. [2 markah]



(b) Berdasarkan graf di 1(a), apakah daya yang bertindak pada omboh kecil jika daya yang bertindak pada omboh besar adalah 8 N? [1 markah]

(c) Apakah faktor yang ditetapkan dalam eksperimen ini? [1 markah]

(d) Namakan satu alat yang menggunakan prinsip yang sama seperti dalam Rajah 1. [1 markah]


Jawapan:
(a)


(b)
3.2 N (± 0.1)

(c)
Isi padu air

(d)
Brek hidraulik / Jek Hidraulik

 

Leave a Comment