Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5 (Minyak Sawit) – Praktis SPM (Soalan 1 – 5)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan proses pengekstrakan sejenis minyak di dalam makmal.


Rajah 1.1

(a) Pada Rajah 1.1, nama peringkat W. [1 markah]

(b) Di peringkat manakah mikroorganisma pada buah kelapa sawit dimusnahkan? [1 markah]

(c) Dalam penghasilan minyak itu secara industri, namakan peringkat selepas peringkat penurasan. [1 markah]

(d)(i) Apakah K? [1 markah]
(ii) Namakan satu jenis vitamin yang terdapat dalam K. [1 markah]

(e) Rajah 1.2 menunjukkan bahagian-bahagian buah kelapa sawit.

Rajah 1.2

Bulatkan pada label untuk menentukan bahagian buah kelapa sawit yang banyak menghasilkan bahan K. [1 markah]



Jawapan:
(a) Pengekstrakan

(b) Pensterilan

(c) Penulenan

(d)(i) Minyak sawit

(d)(i) Vitamin E

(e)




Soalan 2 (SPM 2018):
Rajah 6 menunjukkan keratan rentas bagi sebiji buah kelapa sawit.

Rajah 6



(a) Berdasarkan Rajah 6, nyatakan bahagian yang mengandungi minyak yang paling berkualiti. [1 markah]

(b) Lengkapkan carta alir bagi proses pengekstrakan minyak kelapa sawit. [2 markah]


(c) Terdapat pelbagai jenis minyak masak di pasaran.
Berikan tiga alasan mengapa anda perlu memilih minyak sawit sebagai minyak masak anda. [3 markah]


Jawapan:
(a) Isirung


(b)


(c)
1. Tidak mengandungi kolesterol
2. Mengandungi beta-karotena
3. Dapat mencegah kanser



Leave a Comment