Soalan 1:
Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

Jawapan:
Suhu bahan tindak balas, kepekatan bahan tindak balas, saiz bahan tindak balas, mangkin dan tekanan
Soalan 2:
Lengkapkan pernyataan-pernyataan yang berikut:
(a) Semakin __________ suhu bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
(b) Semakin __________ kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
(c) Semakin __________ saiz bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.

(a) tinggi
(b) tinggi
(c) kurang
Soalan 3:
Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas bagi tindak balas yang melibatkan bahan tindak balas berkeadaan gas.

Tekanan