Sains Tingkatan 5 Bab 2 – Teknologi Pemprosesan Makanan – Praktis SPM (Soalan 1 – 5)

Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas berlabel bagi makanan yang telah diproses.



(a) Berdasarkan Rajah 1, kenal pasti dua bahan kimia yang dicatatkan pada label. [2 markah]

(b) Berdasarkan label dalam Rajah 1, bahan kimia yang manakah digunakan sebagai pengawet? [1 markah]

(c) Namakan kaedah pemprosesan makanan yang digunakan dalam Rajah 1. [1 markah]

(d) Apakah maklumat lain yang sepatutnya tercatat pada label dalam Rajah 1 berdasarkan Peraturan Makanan 1985?
Beri dua jawapan. [2 markah]


Jawapan:
(a)
1. Asid benzoik
2. Perisa

(b)

Asid benzoik

(c)

Pengetinan

(d)

– Nama pihak pengilang
– Alamat pihak pengilang

Soalan 2 (SPM 2017):
Rajah 6.1 dan Rajah 6.2 menunjukkan label yang terdapat pada dua jenama sos cili yang berbeza.

Rajah 6.1

Rajah 6.2


(a) Berdasarkan pada Rajah 6.1 dan Rajah 6.2,
(i) Label makanan manakah yang mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985?
(ii) Berikan satu alasan bagi jawapan anda di 6(a)(i). [2 markah]

(b)(i) Bahan manakah yang digunakan sebagai bahan awet dalam sos cili jenama W?
(ii) Nyatakan satu fungsi bahan awet dalam 6(b)(i). [2 markah]

(c) Kedua-dua jenama menggunakan pewarna tiruan dalam produk mereka.
Adakah anda setuju dengan penggunaan pewarna tiruan dalam makanan?
Wajarkan jawapan anda. [2 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Sos cili jenama V

(a)(ii)
Mempunyai tarikh luput.

(b)(i)
Cuka/ Natrium benzoate

(b)(ii)
Menghalang pertumbuhan bakteria

(c)
Setuju
– Menjadikan makanan lebih menarik
atau
Tidak setuju
– Menyebabkan kanser/ Merosakkan buah pinggang

Leave a Comment