(E) Kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.
Tujuan: Untuk mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.
Pernyataan masalah: Apakah kesan nilai pH terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?
Hipotesis: Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling pesat pada nilai pH 7.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Nilai pH
(b) bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur Bacillus sp. dan suhu persekitaran
Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril yang lembap, asid hidroklorik cair, larutan natrium hidroksida cair, air suling dan pita selofan
Radas: Tiga piring Petri steril dengan penutup berlabel J, K dan L, tiga bikar, tiga dawai gelung dan tiga picagari
Prosedur:
1. Sediakan susunan radas (Rajah 1.31).

2. Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan cara menggantikan piring Petri A dan B dengan piring Petri J, K dan L.
3. Tutup piring Petri J, K dan L, dan lekatkan penutup dengan pita selofan (Rajah 1.32).

4. Simpan piring Petri J, K dan L secara terbalik di dalam almari yang gelap pada suhu bilik selama tiga hari.
5. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri J, K dan L dari almari tersebut.
6. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.
Pemerhatian:

Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
Nyatakan satu aktiviti harian yang dapat mengaplikasikan kesan nilai pH terhadap bakteria. Terangkan jawapan anda.
Jawapan:
Penggunaan ubat gigi untuk menggosok gigi. Ubat gigi mempunyai nilai pH yang tinggi. Nilai pH yang tinggi merencatkan atau membunuh pelbagai jenis mikroorganisma termasuk bakteria.