Praktis Sumatif (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 3:
Rohani mendapati bahawa sebatang paku besi telah berkarat. Dengan menggunakan pengetahuan tentang elektrolisis, huraikan secara ringkas cara untuk mengelakkan pengaratan paku besi itu.

Jawapan:
Pengaratan paku besi dapat dielakkan dengan penyaduran paku besi itu dengan kuprum melalui elektrolisis dengan keadaan yang berikut:

• paku besi dijadikan sebagai katod

• kuprum yang tulen dijadikan sebagai anod

• larutan kuprum(II) sulfat digunakan sebagai elektrolit

• arus elektrik dibekalkan oleh sumber elektrik untuk menjalankan elektrolisis


Soalan 4:
Anda diberi tiga biji ubi kentang, tiga batang paku besi, tiga batang rod kuprum, mentol dan dawai penyambung dengan klip buaya. Dengan menggunakan bahanbahan tersebut, reka bentuk sel kimia ringkas dengan ciri-ciri yang berikut:

(a) sel kimia ringkas yang dapat menyalakan mentol dengan kecerahan maksimum.

(b) sel kimia ringkas yang tahan paling lama semasa menyalakan mentol.

Jawapan:
(a)
Tiga sel kimia ringkas yang masingmasing terdiri daripada sebiji ubi kentang dengan satu paku besi dan satu rod kuprum dicucuk ke dalam ubi kentang tersebut dan disambung secara bersiri seperti gambar foto di bawah.


(b)
Tiga sel kimia ringkas yang masingmasing terdiri daripada sebiji ubi kentang dengan satu paku besi dan satu rod kuprum dicucuk ke dalam ubi kentang tersebut dan disambung secara selari.

Leave a Comment