Praktis Sumatif (Soalan 2) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji elektrolisis larutan akueus natrium nitrat, NaNO3, dengan menggunakan elektrod karbon yang berlabel P dan Q.


(a)(i) Nyatakan semua kation yang hadir dalam elektrolit.

(a)(ii) Nyatakan semua anion yang hadir dalam elektrolit.

(b) Elektrod yang manakah yang bertindak sebagai anod?

(c) Namakan ion yang dipilih untuk dinyahcas pada:
(i) elektrod P:
(ii) elektrod Q:

(d) Terangkan jawapan anda dalam 2(c)(ii) berdasarkan pemilihan ion untuk dinyahcas.


Jawapan:
(a)(i)
Ion natrium, Na+, ion hidrogen, H+

(a)(ii)
Ion nitrat, NO3, ion hidroksida, OH

(b) Elektrod P

(c)(i) Ion hidroksida

(c)(ii) Ion hidrogen

(d)
Ion natrium dan ion hidrogen bergerak ke katod. Ion hidrogen terpilih untuk dinyahcas kerana ion hidrogen kurang elektropositif berbanding ion natrium.


Leave a Comment