Praktis Sumatif 3 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran air dalam sampel air yang berlainan.


Jadual 1 menunjukkan masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur dalam sampel air yang berlainan seperti Rajah 1.

Jadual 1

(a) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini.

(b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimalarkan
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan

(c) Berdasarkan Jadual 1, sampel air yang manakah paling tercemar?

(d) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan hubungan antara tahap pencemaran air dengan masa yang diambil untuk larutan metilena biru untuk luntur.


Jawapan:
(a) Sampel air sungai merupakan sampel air yang paling tercemar berbanding dengan air paip, air suling dan air kolam.

(b)(i) Isi padu air
(b)(ii) Jenis sampel air

(c) Air sungai

(d) Semakin tinggi tahap pencemaran air, semakin singkat masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru meluntur.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan dua jenis beg, iaitu beg plastik dan beg kertas.


(a) Antara dua jenis beg yang ditunjukkan dalam Rajah 2, yang manakah yang lebih mesra alam?
(b) Berikan satu sebab bagi jawapan anda dalam soalan 2(a).
(c) Apakah mikroplastik?
(d) Berikan dua contoh produk plastik yang menghasilkan sisa mikroplastik.
(e) Nyatakan satu perbezaan antara jejak karbon dengan tapak tangan karbon bagi sesuatu produk.


Jawapan:
(a) Beg kertas

(b) Kertas mengambil masa yang lebih singkat untuk terurai.

(c) Mikroplastik ialah kepingan plastik yang panjangnya kurang daripada 5 mm.

(d) Botol plastik, beg plastik, bekas plastik, tekstil buatan manusia, cat (mana-mana dua)

(e)
• Jejak karbon (carbon footprint) bagi sesuatu produk merujuk kepada impak negatif kepada kelestarian alam sekitar yang disebabkan oleh produk tersebut pada sepanjang kitar hayatnya.

• Tapak tangan karbon (carbon handprint) bagi sesuatu produk merujuk kepada impak positif kepada kelestarian alam sekitar yang disebabkan oleh produk tersebut sepanjang kitar hayatnya.

Leave a Comment