Praktis Formatif 2.4 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2

Soalan 1:
Nyatakan empat ciri baka yang bermutu.

Jawapan:
Cepat tumbuh dan matang, tahan penyakit, perosak dan cuaca melampau, mudah dan kurang kos penjagaan yang rapi dan banyak hasil makanan yang lebih berkualiti

Soalan 2:
Bagaimanakah baka yang bermutu diperoleh melalui teknologi moden?

Jawapan:
Pengklonan, kacukan, kejuruteraan genetik, teknologi mutagenesis

Soalan 3:
Namakan agensi yang memajukan pemasaran hasil tanaman negara.

Jawapan:
FAMA

Soalan 4:
Nyatakan tiga cara pengurusan tanah yang cekap.

Jawapan:
Penggiliran tanaman, tanaman campuran dan penanaman teres

Soalan 5:
Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan biologi?

Jawapan:
Kawalan biologi merupakan kaedah yang mengaplikasikan interaksi antara organisma seperti mangsa-pemangsa dan parasitisme untuk mengawal perosak tanaman di sesuatu habitat.

Leave a Comment