Praktis Formatif 2.3 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2

Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nitrogen?

Jawapan:
Kitar nitrogen ialah kitar semula jadi yang mengitarkan unsur nitrogen antara tumbuhan dengan haiwan dan seterusnya di atmosfera, tanah dan air.

Soalan 2:
(a) Namakan tiga proses dalam kitar nitrogen yang menambah ion nitrat ke dalam tanah.
(b) Namakan tiga proses dalam kitar nitrogen yang menyingkirkan ion nitrat daripada tanah.

Jawapan:
(a) Tindakan kilat atau letupan gunung berapi, pengikatan nitrogen, penitritan.

(b) Proses penyerapan ion nitrat daripada tanah, pendenitritan, melarut resap nitrat (nitrate leaching).

Soalan 3:
Bagaimanakah penanaman pokok kekacang dapat menambah kesuburan tanah?

Jawapan:
Bakteria pengikat nitrogen pada nodul pokok kekacang menggunakan nitrogen daripada udara untuk membentuk ion nitrat melalui pengikatan nitrogen.
Maka, kesuburan tanah ditambah melalui penambahan ion nitrat dalam tanah.

Soalan 4:
Apakah yang terjadi kepada kandungan ion nitrat dalam tanah pada musim hujan?
Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Kandungan nitrat dalam tanah pada musim hujan lazimnya berkurang.
Ion nitrat dalam tanah melarut dalam air hujan dan mengalir keluar daripada tanah ke dalam sungai, air bawah tanah atau laut.