Praktis Formatif 2.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2

Soalan 1:
(a) Apakah maksud makronutrien? Namakan lima contoh makronutrien.
(b) Apakah maksud mikronutrien? Namakan lima contoh mikronutrien.

Jawapan:
(a)
• Makronutrien ialah unsur (atau mineral) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak.
• Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, fosforus, kalium, kalsium, magnesium dan sulfur (mana-mana lima)

(b)
• Mikronutrien ialah unsur (atau mineral) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit.
• Boron, molibdenum, zink, mangan, kuprum dan ferum (mana-mana lima)

Soalan 2:
Apakah kepentingan makronutrien dan mikronutrien terhadap tumbuhan?

Jawapan:
Tumbuhan memerlukan makronutrien dan mikronutrien untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembiakan yang sihat.

Soalan 3:
Padankan makronutrien dengan kesan kekurangannya dalam pertumbuhan tumbuhan.


Jawapan:
(a) Pertumbuhan akar terbantut

(b) Pinggir daun bertompok perang

(c) Daun kecil dan mudah gugur

Leave a Comment