Praktis Sumatif (Soalan 3) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Soalan 3:
Enzim pencernaan merupakan mangkin biologi yang boleh mengubah kadar penguraian molekul makanan yang kompleks kepada molekul ringkas dalam sistem pencernaan. Apakah kegunaan enzim pencernaan selain membantu pencernaan makanan? Rajah 2 menunjukkan satu contoh aplikasi mangkin biologi dalam kehidupan harian.


(a) Namakan dua contoh mangkin biologi dalam serbuk pencuci.

(b) Apakah kesan mangkin biologi tersebut terhadap bahan makanan yang terdapat pada baju?

(c) Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan mangkin biologi ini terhadap tindak balas.

(d) Bagaimanakah faktor ini mempengaruhi tindakan mangkin biologi?


Jawapan:
(a) Protease, lipase

(b)
Protease menambah kadar penguraian molekul protein kepada asid amino. Lipase menambah kadar penguraian molekul lemak kepada asid lemak dan gliserol.

(c) Suhu

(d)
Mangkin biologi dapat berfungsi paling baik pada suhu 40°C.

Leave a Comment