Praktis Sumatif 9 (Soalan 3) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 3:
Aloi superkonduktor mempunyai banyak kegunaan pada masa ini dan akan datang.
Gambar foto 3 menunjukkan satu kegunaan aloi superkonduktor dalam kereta api Maglev.


(a) Bagaimanakah aloi superkonduktor digunakan dalam pembinaan kereta api Maglev?

(b) Berikan dua kegunaan lain aloi superkonduktor dalam kehidupan harian.

(c) Pada pendapat anda, bolehkah aloi superkonduktor diaplikasikan dalam pembuatan kereta antigraviti?
Huraikan cara proses ini dapat dilakukan.


Jawapan:
(a)
• Aloi superkonduktor digunakan dalam pembuatan landasan kereta api Maglev.

• Magnet diletakkan di bahagian bawah kereta api Maglev.

• Aloi superkonduktor disejukkan pada suhu yang sangat rendah dan elektrik dialirkan padanya untuk menghasilkan sifat antimagnet.

• Kereta api Maglev akan terangkat sedikit dan bahagian bawah tidak bersentuhan dengan landasan.

• Hal ini akan dapat mengelakkan geseran dengan landasan dan kereta api Maglev dapat bergerak dengan kelajuan tinggi.

(b)
Mesin MRI/ Kabel elektrik/ Mikrocip


(c)
Boleh.
• Landasan hendaklah disediakan.

• Letakkan magnet pada bahagian bawah kereta.

• Apabila elektrik dialirkan pada landasan, daya antimagnet akan dihasilkan dan membolehkan kereta bergerak tanpa menyentuh landasan.

• Struktur bahagian bawah kereta direka khas bagi membolehkan kereta tidak tersasar daripada landasan.

Tidak boleh
• Kereta bergerak tidak menggunakan landasan.

• Sukar untuk meletakkan aloi superkonduktor pada jalan raya dan arus elektrik dialirkan.

• Kereta boleh terhempas kerana tiada alat yang mengekalkannya pada jalan raya.

Leave a Comment