Praktis Sumatif 12 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 3:
Tindak balas X sentiasa berlaku di Matahari.
(a) Apakah tindak balas tersebut?
(b) Jelaskan salah satu sebab tindak balas tersebut boleh berlaku di permukaan Matahari.
(c) Apakah yang akan berlaku di Bumi jika tindak balas yang anda nyatakan dalam soalan 3(a) berhenti secara tiba-tiba?

Jawapan:
(a) Pelakuran nukleus

(b) Matahari mempunyai suhu yang amat tinggi/Kaya dengan hidrogen

(c) Bumi tidak mendapat cahaya matahari dan tenaga haba lagi. Semua hidupan tidak dapat meneruskan kehidupan


Soalan 4:
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada stesen jana kuasa nuklear.

Rajah 2

(a) Apakah proses yang berlaku di dalam K?
(b) Apakah kegunaan proses yang anda nyatakan dalam soalan 4(a)?
(c) K dilengkapi pelbagai ciri keselamatan. Nyatakan dua ciri keselamatan yang terdapat di dalam K.
(d) Ramalkan impaknya jika terdapat kebocoran pada struktur K.


Jawapan:
(a) Pembelahan nukleus

(b) Untuk menghasilkan tenaga haba yang banyak

(c)
• Dilengkapi dengan dinding yang berketebalan 2 m dan diperbuat daripada konkrit dan plumbum.

• Mempunyai rod pengawal boron yang menyerap neutron berlebihan supaya tindak balas terkawal

(d)
Berlaku kebocoran sinaran radioaktif.


Soalan 5:
Sebuah reaktor nuklear boleh menghasilkan tenaga nuklear secara besar-besaran untuk menjanakan kuasa elektrik.

Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan cara tenaga nuklear ditukarkan kepada tenaga elektrik di dalam stesen jana kuasa nuklear.

Jawapan:
• Tenaga nuklear dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik melalui reaktor nuklear.

• Tenaga nuklear yang dibebaskan dalam bentuk haba digunakan untuk memanaskan air dan menghasilkan stim.

• Stim yang terhasil digunakan untuk memutarkan turbin dan seterusnya menjana tenaga elektrik

Leave a Comment