Praktis Sumatif 10 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis kaedah perubatan.


(a) Apakah jenis kaedah perubatan M dan N?

(b) Berikan satu masalah kesihatan yang boleh dirawat menggunakan kaedah M.

(c) Berikan tiga jenis ubat yang digunakan dalam kaedah perubatan N dan kegunaan setiapnya.

(d) Kaedah perubatan M dikatakan boleh digunakan bersama dengan kaedah perubatan N pada keadaan tertentu.
Berikan kewajaran bagi penggunaan kaedah M bersama kaedah N dengan satu contoh yang sesuai.


Jawapan:
(a)
Kaedah M: Perubatan komplementari
Kaedah N: Perubatan moden

(b)
Rawatan susulan selepas rawatan kanser/ Keadaan otot yang lenguh/ Peredaran darah yang tidak lancar/ Melegakan tekanan dan stres

(c)
• Analgesik: digunakan bagi melegakan kesakitan seperti sakit kepala, migrain dan demam

• Antibiotik: digunakan bagi merawat penyakit akibat jangkitan patogen seperti tibi, sifilis dan lain-lain.

• Psikoteraputik: digunakan bagi merawat penyakit mental seperti kemurungan dan kegelisahan

(d)
Kaedah perubatan M dapat menghilangkan kesan sampingan ubat yang digunakan dalam rawatan perubatan N. Sebagai contoh, rawatan radioterapi kanser.


Soalan 2:
Radikal bebas merupakan salah satu penyebab berlakunya masalah kesihatan pada seseorang individu.

(a) Huraikan cara radikal bebas terbentuk.
(b) Nyatakan dua faktor pembentukan radikal bebas.
(c) Huraikan sebab radikal bebas tidak menjadi masalah pada sesetengah individu tetapi boleh menjadi punca masalah kesihatan pada sesetengah individu yang lain.


Jawapan:
(a)
Radikal bebas terbentuk daripada proses pengoksidaan yang berlaku di dalam badan disebabkan faktor dalaman dan faktor luaran.

(b)
Faktor luaran seperti asap rokok dan asap kilang, manakala faktor dalaman seperti metabolisme dan keradangan.

(c)
Bagi kebanyakan individu, radikal bebas yang terbentuk secarasemula jadi akibat faktor dalaman kebiasaannya akan dineutralkan oleh bahan antioksidan dalam makanan yang diambil. Bagi individu yang terdedah kepada faktor luaran secara berlebihan seperti asap rokok, asap kilang, radiasi dan lain-lain, banyak radikal bebas akan terhasil dan tidak dapat dineutralkan oleh bahan antioksidan daripada makanan. Hal ini boleh membawa kepada masalah kesihatan akibat kehadiran radikal bebas yang berlebihan di dalam badan.

Leave a Comment