Praktis Sumatif 1 (Soalan 4) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 4:
Dengan menggunakan susunan radas yang ditunjukkan dalam Rajah 4, cadangkan lima cara yang berlainan untuk mengukur kadar penghasilan gas karbon dioksida daripada tindakan yis dalam larutan gula pada suhu yang berlainan.



Jawapan:
Susunan radas X
Cara 1: Perhatikan dan bandingkan isi padu gas karbon dioksida yang dikumpulkan di dalam belon.



Susunan radas Y
Cara 2: Perhatikan dan bandingkan ketebalan lapisan buih karbon dioksida, X, pada permukaan campuran yis dan larutan gula.


Cara 3: Perhatikan dan hitung bilangan gelembung gas yang dibebaskan di dalam tabung uji setiap minit.
Cara 4: Perhatikan dan ukur masa yang diambil untuk air kapur menjadi keruh.


Susunan radas Z
Cara 5: Mengukur isi padu gas karbon dioksida di dalam picagari selepas satu jam.




Leave a Comment