Praktis Sumatif 1 (Soalan 3) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1

Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria, Bacillus sp..

Keadaan bubur nutrien di dalam tabung uji P, Q dan R diperhatikan selepas tiga hari. Keputusan eksperimen ini direkodkan dalam Jadual 1.


(a) Nyatakan satu pemerhatian pada bubur nutrien yang telah disimpan pada suhu 37°C selama tiga hari.

(b) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini.

(c) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas

(d) Nyatakan satu inferens yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen ini.


Jawapan:
(a) Keruh

(b) Suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria adalah 37°C.

(c)(i) Suhu
(c)(ii) Keadaan bubur nutrien selepas 3 hari

(d) Bubur nutrien keruh pada suhu 37°C kerana suhu 37°C adalah suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria.

Leave a Comment