Praktis Sumatif 1 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 3:
Apabila anda masuk ke dalam makmal, adakah anda perlu memakai topeng muka setiap masa? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Tidak.
Topeng muka perlu dipakai semasa mencampurkan bahan kimia yang mudah meruap, bahan yang berbau dan ketika mengendalikan bahan kimia yang berkepekatan tinggi.

Soalan 4:
Haziq telah menerima tugasan untuk menjalankan eksperimen bagi menentukan takat didih air garam. Terangkan cara Haziq boleh memastikan semua langkah keselamatan di dalam makmal dipatuhi semasa menjalankan eksperimen tersebut.

Jawapan:
Haziq perlu memakai alat perlindungan diri yang sesuai dan memastikan dia mengendalikan bikar serta termometer dengan berhati-hati. Haziq juga perlu memastikan bahawa semua bahan mudah terbakar tidak berada berdekatan dengan nyalaan penunu Bunsen.

Soalan 5:
Huraikan langkah-langkah yang betul bagi melupuskan alatan tajam yang telah digunakan dalam eksperimen di makmal sains.

Jawapan:
Alatan tajam perlu diletakkan di dalam bekas khas (bekas sisa tajam) bagi sisa tajam. Bekas perlu ditutup kemas dan tidak diisi melebihi ¾ penuh. Bekas disimpan di tempat yang selamat dan perlu dilupuskan oleh kontraktor yang dilantik.

Leave a Comment