Praktis Sumatif 1 (Soalan 2) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan mikroorganisma P, Q, R, S dan T.

Rajah 2

(a)
Kelaskan P, Q, R, S dan T berdasarkan ciri yang berikut:
(i) mempunyai dinding sel dan membran sel
(ii) tidak mempunyai dinding sel dan membran sel.


(b)
Namakan kumpulan mikroorganisma yang tidak mempunyai dinding sel dan membran sel.

(c) (i)
Namakan mikroorganisma P.
(ii) Adakah mikroorganisma P merupakan mikroorganisma berfaedah atau patogen? Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Mempunyai dinding sel dan membran sel :  P, Q, R dan T
   Tidak mempunyai dinding sel dan membran sel : S

(b) Virus

(c)(i) Yis

(c)(ii) Mikroorganisma P adalah mikroorganisma berfaedah kerana digunakan untuk membuat makanan seperti roti.
Mikroorganisma P bukan patogen kerana tidak menyebabkan penyakit.

Leave a Comment