Praktis Sumatif 1 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
(a) Berikan tiga contoh peralatan perlindungan diri yang ada di dalam makmal sekolah.


(b) Mengapakah makmal sekolah merupakan kawasan larangan?
(c) Jasman telah membuang air limau, sisa daripada aktiviti sains yang telah dijalankan ke dalam singki.
Wajarkah tindakan Jasman?


Jawapan:
(a) Kabinet aliran laminar/kebuk wasap/ penyiram kecemasan/pembilas mata
(mana-mana tiga)

(b) Di dalam makmal terdapat banyak bahan yang berbahaya seperti bahan mudah terbakar, bahan mengakis, bahan toksik, kaca yang mudah pecah dan lain-lain.

(c) Tindakannya adalah betul kerana air limau mempunyai pH lebih daripada 5 dan kurang daripada 7.

Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan satu kebakaran yang berlaku di makmal sains.


(a) Berdasarkan gambar yang diberikan, nyatakan:
(i) jenis kebakaran
(ii) alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan

(b) Pada pendapat anda, kenapakah kebakaran tersebut boleh berlaku?

(c) Azhar berada di tempat kejadian ketika kebakaran tersebut berlaku. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diikuti oleh Azhar untuk memadamkan kebakaran tersebut.

(d) Sebagai langkah penjagaan alat pemadam kebakaran, audit alat pemadam kebakaran hendaklah selalu dilakukan. Nyatakan lima perkara yang perlu diperhatikan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah.


Jawapan:
(a)(i) Kebakaran kelas B

(a)(ii) Buih/serbuk kering/karbon dioksida

(b)
• Etanol berada dekat dengan sumber api dan cukup syarat pembakaran.
• Etanol adalah bahan yang mudah meruap dan mudah terbakar.

(c)
• Menggunakan alat pemadam kebakaran
1. Tanggalkan pin keselamatan daripada alat pemadam kebakaran.
2. Halakan muncung alat pemadam kebakaran ke pangkal api. Dia perlu berada pada jarak 2.0 – 2.5 meter dari api.
3. Tekan pemicit atas alat pemadam.
4. Ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncung dari sisi ke sisi.

• Menggunakan selimut kebakaran

(d)(i) Jenis alat pemadam kebakaran

(d)(ii) Tarikh luput pemadam kebakaran

(d)(iii) Bacaan tekanan pada pemadam kebakaran

(d)(iv) Bilangan pemadam kebakaran mengikut jenis

(d)(v) Lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan sekolah

Leave a Comment