Praktis Formatif 1.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan mikroorganisma?

Jawapan:
Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


Soalan 2:
(a) Namakan lima kumpulan mikroorganisma.
(b) Apakah ciri-ciri yang digunakan untuk mengelaskan mikroorganisma kepada lima kumpulan?

Jawapan:
(a) Fungi, alga, protozoa, bakteria, virus

(b) Saiz, bentuk, cara pembiakan, nutrisi, habitat


Soalan 3:
Namakan kumpulan mikroorganisma yang membiak secara aseks melalui pembentukan spora.

Jawapan:
Fungi, bakteria


Soalan 4:
Nyatakan dua struktur asas virus.

Jawapan:
Bebenang asid nukleik (asid deoksiribonukleik (DNA)/ asid ribonukleik (RNA) dan lapisan protein (kapsid)


Soalan 5:
Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.

Jawapan:
Nutrisi, kelembapan, cahaya, suhu, nilai pH


Soalan 6:
Rajah 1 menunjukkan sejenis mikroorganisma.



(a) Apakah kumpulan mikroorganisma yang ditunjukkan di atas?
(b) (i) Apakah struktur yang berlabel X?
(ii) Nyatakan fungsi struktur ini.

Jawapan:
(a) Protozoa

(b)(i) Pseudopodium

(b)(ii) Untuk bergerak dan mengepung makanan

Leave a Comment