Praktis Formatif 9.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


9.1 Aloi

Soalan 1:
Berikan dua jenis aloi yang mengandungi logam kuprum.

Jawapan:
Gangsa/ Loyang/ Duralumin

Soalan 2:
Lukis susunan atom di dalam aloi dan logam tulen dan hubung kaitkan susunan atom dengan sifat asal logam tulen.

Jawapan:


• Logam tulen: atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis. Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan daya.

• Aloi: saiz atom unsur asing yang berlainan menyebabkan atom di dalam aloi tersusun secara tidak teratur. Lapisan atom di dalam aloi tidak mudah menggelongsor apabila dikenakan daya. Oleh itu, aloi bersifat keras.

Soalan 3:
Apakah aloi yang digunakan untuk membuat badan kapal terbang? Jelaskan sebab aloi itu dipilih.

Jawapan:
Duralumin.
Duralumin adalah kuat, ringan dan tahan kakisan.

Leave a Comment