Praktis Formatif 2.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Terangkan maksud resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Jawapan:
Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa.


Soalan 2:
Berikan tiga situasi yang menyebabkan pernafasan atau degupan jantung terhenti.

Jawapan:
• Serangan jantung
• Renjatan elektrik
• Panahan petir
• Lemas
(mana-mana tiga)


Soalan 3:
Pada suatu hari, semasa Muthu dan ayahnya sedang menonton televisyen di rumah, tiba-tiba ayahnya terkena serangan jantung lalu pengsan. Bolehkah Muthu memberikan CPR kepada ayahnya?  Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Boleh. Bagi orang yang terkena serangan jantung, kaedah tekanan dada adalah paling sesuai. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan peredaran darah secara buatan dengan mengepam darah melalui jantung. Ayah Muthu akan terselamat sekiranya pengaliran darah ini berterusan di dalam badan.


Soalan 4:
Jika anda tidak pernah tahu mengenai kaedah menekan dada yang betul, bolehkah anda melakukan kaedah tersebut kepada mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan? Bagaimanakah anda boleh memberikan bantuan.

Jawapan:
Tidak boleh. Hal ini demikian kerana jika kaedah yang salah dilakukan, mangsa mungkin akan mengalami kecederaan. Cara untuk memberikan bantuan kepada pesakit adalah dengan memeriksa respons mangsa, jerit ‘tolong’, hubungi 999 dan tunggu sehingga mangsa mendapat bantuan kecemasan.

Leave a Comment