Sains SPM 2022 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian C Soalan 11 – 13)


Soalan 11:
Rajah 10 menunjukkan perbualan antara dua orang murid di sebuah kebun. 



Berdasarkan perbualan dalam Rajah 10 , rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji kesan nutrien terhadap tumbuhan.
Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
(a) Pernyataan masalah [1 markah]

(b) Hipotesis [1 markah]

(c)(i) Faktor yang perlu diubah
(c)(ii) Faktor yang perlu dikawal [2 markah]

(d) Lakaran susunan radas yang berlabel [3 markah]

(e) Jangkaan pemerhatian [1 markah]

(f) Dua langkah berjaga-jaga [2 markah]


Jawapan:
(a) Apakah kesan kekurangan nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan?

(b) Tanpa kehadiran semua nutrien, pertumbuhan tumbuhan terbantut/ Dengan kehadiran semua nutrien, pertumbuhan tumbuhan akan subur.

(c)(i) Jenis larutan kultur

(c)(ii) Isi padu larutan kultur/Jenis anak benih/Saiz anak benih/Tempoh masa eksperimen

Markah:
– Melabel faktor yang diubah (larutan kultur tanpa nitrogen) 
– Melabel faktor yang dikawal (anak benih) 
– Melakar set kawalan (larutan kultur lengkap) 


(d)

(e) Daun yang tumbuh dalam larutan kultur lengkap berwarna hijau/ Daun yang tumbuh dalam larutan kultur tanpa nitrogen berwarna kuning.

(f)
– Kedua-dua tabung uji perlu dibalut dengan kertas hitam. Both test tubes need to be wrapped in black paper.

– Pastikan udara dipam selama 5 minit setiap hari. Make sure the air is pumped for 5 minutes every day.

– Anak benih perlu diberikan sumber cahaya. Seedlings need to be given a light source.

– Tukar larutan kultur setiap seminggu dengan jenis larutan kultur yang sama.

– Change the culture solution every week with the same type of culture solution.

– Letakkan gabus untuk mengelakkan penyejatan. Place a cork to prevent evaporation.

(terima mana-mana 2 jawapan)


Leave a Comment