Sains SPM 2021 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian A Soalan 1 – 4)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan pola pertumbuhan anak benih kacang hijau iaitu sejenis tumbuhan tidak berkayu. 
Ketinggian anak benih kacang hijau diukur dan direkodkan setiap hari selama 12 hari seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.



(a) Berdasarkan Rajah 1.1, ukur dan rekodkan ketinggian anak benih kacang hijau pada hari ke-10 dalam milimeter (mm). Tulis jawapan anda dalam Jadual 1. [1 markah]

(b) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf bagi pertumbuhan anak benih kacang hijau selama 12 hari. [2 markah]



(c) Pokok rambutan, pokok keembung, pokok pisang dan pokok bunga raya merupakan tumbuhan daratan yang mempunyai ciri-ciri tumbuhan berkayu atau tumbuhan tidak berkayu.
Kelaskan pokok pisang dan pokok bunga raya mengikut kategori yang betul dalam Rajah 1.2. [1 markah]


(d) Sekumpulan pembalak ingin menebang beberapa pokok cengal.
Cadangkan satu cara bagaimana pembalak boleh menentukan pokok yang telah matang dan sesuai untuk ditebang.
[1 markah]


Jawapan:
(a)  60 mm

(b)


(c) Pokok bunga raya (tumbuhan berkayu)
Pokok pisang (tumbuhan tidak berkayu)

(d) Mengukur usia tumbuhan berdasarkan gelang pertumbuhan dengan menggunakan gerudi khas


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan carta pita detik yang dihasilkan oleh seorang murid apabila dia melepaskan sebuah troli menuruni satu landasan.


(a) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan Rajah 2.1. State one observation based on Diagram 2.1. [1 markah]

(b) Berapakah panjang jalur pita detik yang ke-5 dalam sentimeter (cm)? [1 markah]

(c) Carta pita detik dalam Rajah 2.1 dapat mewakili suatu jenis gerakan.
Apakah jenis gerakan itu?
[1 markah]


(d) Murid tersebut ingin mengulangi aktiviti itu dengan menggunakan troli yang lebih berat.
Apakah faktor yang perlu ditetapkan jika murid itu ingin menghasilkan jenis gerakan yang sama seperti dalam Rajah 2.1?
[1 markah]

(e) Rajah 2.2 menunjukkan carta pita detik yang dihasilkan apabila murid tersebut melepaskan sebuah troli pada landasan yang berbeza.


Mengapakah panjang pita detik dalam Rajah 2.2 berbeza daripada Rajah 2.1 ? [1 markah]


Jawapan:
(a) Panjang pita detik bertambah secara seragam bagi setiap 5 detik//
Panjang pita detik bertambah 1 cm bagi setiap 5 detik

(b) 6 cm

(c) Gerakan halaju seragam

(d) Kecondongan landasan

(e) Landasan yang digunakan pada pita detik Rajah 2.2 lebih rendah


Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan pemerhatian yang direkod oleh seorang murid semasa suatu eksperimen dijalankan. 



(a) Berdasarkan Rajah 3, nyatakan 
(i) pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]

(ii) pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]

(c) Selain daripada menggunakan roti, agar-agar nutrien juga digunakan di makmal sains bagi menjalankan eksperimen ini.
Apakah persamaan antara penggunaan roti dengan agar-agar nutrien? [1 markah]

(d) Seorang penjual buah mendapati terdapat pertumbuhan kulat pada buah oren yang disimpan di dalam kotak.
Cadangkan satu cara bagaimana peniaga buah boleh mencegah pertumbuhan kulat pada buah oren itu. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) Bilangan tompok hitam

(a)(ii) Kadar kelembapan roti

(b) Roti lembap akan menghasilkan bilangan tompok hitam lebih banyak

(c) Roti dan agar-agar nutrien mengandungi nutrien

(d) Menyimpan buah oren di tempat yang kering



Soalan 4:
Rajah 4.1 menunjukkan satu susunan radas bagi suatu eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.


Ketulan zink dalam eksperimen tersebut digantikan dengan serbuk zink. Jadual 2 menunjukkan isi padu gas yang terkumpul dalam masa 2 minit.



(a) Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian anda dalam Jadual 2. [1 markah]

(b) Ramalkan isi padu gas yang terkumpul apabila 0.3 mol dm-3 asid hidroklorik bertindak balas dengan serbuk zink dengan jisim yang sama dalam masa 2 minit. [1 markah]

(c) Nyatakan satu hubungan antara saiz bahan dengan kadar tindak balas berdasarkan Jadual 2. [1 markah]

(d) Nyatakan satu definisi secara operasi bagi kadar tindak balas berdasarkan eksperimen ini. [1 markah]

(e) Seorang pekerja ingin merawat air kumbahan berasid dengan menggunakan batu kapur yang berlainan saiz seperti dalam Rajah 4.2. [1 markah]


Susun P, Q dan R mengikut kadar tindak balas terhadap air kumbahan berasid dalam urutan menaik. [1 markah]


Jawapan:
(a) Kadar tindak balas serbuk zink lebih tinggi berbanding ketulan zink

(b) Terima apa-apa nilai lebih daripada 21 cm3

(c) Semakin kecil saiz bahan, semakin tinggi kadar tindak balas

(d) Kadar tindak balas ialah keadaan yang ditunjukkan oleh isi padu gas yang terkumpul paling banyak apabila serbuk zink bertindak balas dengan 0.1 mol dm-3 asid hidroklorik

(e) Q, R, P

Leave a Comment