Sains SPM 2024 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 1)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen bagi sejenis logam tulen dan aloi. 
(a) Berdasarkan eksperimen itu, 
(i) nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(ii) nyatakan satu pemerhatian selepas empat minggu pada tabung uji P [1 markah]

(iii) nyatakan satu inferens terhadap pemerhatian di 1(a)(ii). [1 markah]


(b) Rajah 1.2 menunjukkan tabung uji P selepas dibiarkan selama lapan minggu. 


Nyatakan hubungan antara bilangan hari dengan jumlah mendakan perang pada cincin besi. [1 markah]

(c) Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan bagi eksperimen itu. 


Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan satu bukti yang menunjukkan kesimpulan tersebut adalah tepat. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) Jenis logam (cincin besi dan cincin keluli)

(ii) Selepas empat minggu, cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan lapisan perang yang terbentuk di permukaan cincin besi. 

(iii) Lapisan perang// mendakan yang terbentuk di sekeliling dan permukaan cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan bahawa proses pengoksidaan/ pengaratan telah berlaku pada cincin besi.


(b) Semakin lama cincin besi terdedah kepada air dan udara, semakin banyak mendakan perang yang terbentuk.

(c)
Tiada perubahan yang berlaku pada cincin keluli dalam tabung uji Q selepas empat minggu, manakala cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan lapisan perang.


Leave a Comment