Aktiviti 8.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.1:
Menerangkan prinsip Pascal dengan menggunakan peralatan Pascal

Radas
Kelalang bulat berliang halus dengan omboh dan bikar yang besar

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Sediakan susunan radas (Rajah 8.2).


3. Tarik omboh sehingga air memenuhi kelalang.
4. Keluarkan kelalang dari bikar dan tolak omboh ke dalam kelalang.
5. Perhatikan dan lakarkan arah air terpancut dari liang halus pada kelalang.

Soalan
1. Bagaimanakah air yang terpancut dari kelalang melalui liang halus keluar pada semua arah?
Terangkan jawapan anda.

2. Lakarkan corak air terpancut dari liang halus pada kelalang dalam Rajah 8.3.


Jawapan:
1. Air disebarkan secara seragam pada keseluruhan air tersebut kerana tekanan yang dikenakan ke atas air.

2.


Leave a Comment