Aktiviti 3.5 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3


Aktiviti 3.5:
Menentukan tahap pencemaran air dalam sampel air yang berlainan

Bahan
Larutan metilena biru 0.1% dan empat sampel air yang berlainan (setiap sampel 200 cm3)

Radas
Empat botol reagen dengan penutup, picagari, jam dan silinder penyukat

Arahan
1. Sediakan susunan radas seperti Rajah 3.8.


2. Masukkan 1 cm3 larutan metilena biru dengan menggunakan picagari ke dalam setiap botol reagen A, B, C dan D, dan tutup semua botol reagen tersebut.
3. Simpan kesemua botol reagen di dalam almari yang gelap.
4. Perhatikan warna sampel air setiap 30 minit dan catat masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur.

Pemerhatian


Soalan
1. Apakah kegunaan larutan metilena biru dalam aktiviti ini?
2. Apakah hubungan antara masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur dengan jumlah oksigen terlarut dalam sampel air?
3. Sampel air yang manakah paling tercemar? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
1. Digunakan sebagai penunjuk kehadiran oksigen terlarut dalam sampel air.
Larutan metilena biru akan berwarna biru dalam sampel air yang kaya dengan oksigen terlarut tetapi akan luntur dalam sampel air yang kurang atau tiada oksigen terlarut.

2. Semakin singkat masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur dalam suatu sampel air, semakin kurang oksigen terlarut dalam sampel air.

3. Sampel air kolam (atau sungai) kerana masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur dalam sampel tersebut adalah paling singkat.

Leave a Comment