Praktis Sumatif 3 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3


Soalan 3:
(a) Rajah 3 menunjukkan simbol bagi jejak karbon. Nyatakan empat aktiviti yang dihubungkaitkan dengan jejak karbon.

Rajah 3

(b) Rajah 4 menunjukkan pelbagai jenis pencemaran alam sekitar.

Rajah 4

Kaji maklumat dalam Rajah 4 dan jawab soalan-soalan berikut.
(i) Kenal pasti sejenis pencemaran yang dihubungkaitkan dengan tenaga.
(ii) Namakan jenis pencemaran yang dihubungkaitkan dengan eutrofikasi.
(iii) Berikan satu contoh kesan buruk pencemaran udara.
(iv) Nyatakan ciri sepunya jenis-jenis pencemaran dalam Rajah 4.


Jawapan:
(a) Pengangkutan, penggunaan bahan api, aktiviti persendirian, pembebasan gas rumah hijau, kitar semula, penggunaan tenaga elektrik, air, gas, sisa, imbangan karbon
(mana-mana empat)

(b)(i) Pencemaran terma

(b)(ii) Pencemaran air

(b)(iii) Hujan asid, pemanasan global, perubahan iklim (mana-mana satu)

(b)(iv) Perubahan ciri fizikal, kimia atau biologi yang memudaratkan alam sekitar

Soalan 4:
Alat penyaman udara merupakan satu peralatan elektrik yang banyak digunakan dalam kehidupan harian kita. Pernahkah anda rasa udara yang panas dibebaskan daripada kompresor alat penyaman udara (Rajah 5)?

Rajah 5

(a) Apakah jenis pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh alat penyaman udara?

(b) Bagaimanakah pencemaran yang disebabkan oleh penggunaan alat penyaman udara dapat dikurangkan?

(c) Cadangkan satu cara yang kreatif bagaimana anda dapat menggunakan haba yang terhasil daripada kompresor alat penyaman udara.


Jawapan:
(a) Thermal pollution

(b)
• Air conditioners should be turned on at temperatures of 22°C – 25°C.
• The inside and outside of air conditioners must be kept clean to increase energy efficiency.
(or any other suitable answer)

(c)
• To dry wet clothes
• To process food through drying or dehydrating such as dried shrimp
• To defrost frozen food or drinks
(any one)

Leave a Comment